menerima tempahan membekalkan makanan dan menguruskan untuk sebarang majlis yang menepati konsep "KENDURI ADALAH IBADAH"
Alamat: Surau Al Firdaus
Taman Desa Aman Sungai Lalang ,Sungai Petani Kedah -
HP 0195724096
Pengurusan
Ketua Pengurusan:Haji Rohaizat Haji Md Saad-0195724096
Ketua Memasak : Haji Kechik
Ketua Majlis :Chegu Shukri Naim-0164266540
Ketua Peralatan :En Hamid Awang
Pengurusan dan Persiapan Luar: Haji Mohd Rejab Hj Ahmad-0134312611
Pengurusan Kewangan:Encik Mohamad Suzi Che Ani-0194815474
Kawasan keutamaan:Sungai Lalang,Bedong,Sungai Petani,Gurun
Merbok,Bukit Selambau...lain lain kawasan selain drp ini bolih dibincangkan dan kami sering menguruskannya.
di lapangan(tempat majlis), kami memilik pasukan yang profesonal,displin,beretika.
Tarikh: 26/05/2012
Lokasi:-Taman Kempas Bakar Arang Sungai Petani
Majlis Perkahwinan Taman Kempas Bakar Arang Sungai Petani
Tetamu kehurmat:YAB Dato Sri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Kedah dan beberapa VVIP
Majlis ini di hostkan olih Ir Zamri Yusof seorang bekas Senator mewakili negeri Kedah DA.
Surau Al Firdaus Katering dan Yayasan AMAN Merbok yang berpejabat di Sungai Lalang telah diamanahkan untuk mengelolakan perjalanan majlis ini.
Pada 03/06/2012-Surau Al Firdaus Katering telah diminta untuk menguruskan penyediaan makanan kepada seorang pelanggan di Kampung Besah Kuala Ketil. Konsepnya membekal dan urusan agihan diuruskan olih tuan kenduri
Surau Al Firdaus Taman Desa Aman salah satu daripada surau yang paling aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan nya.
Selain terkenal dengan kepadatan majlis ilmunya selepas solat maqrib dan lain lain aktiviti ilmu bagi memakmurkan surau,ianya juga terkenal kerana sikap gotong royongnya didalam mengurus dan menjayakan pelbagai majlis jamuan yang melibatkan jemaah suraunya dan NGO NGO yang punya tujuan yang dapat diterima konsepnya olih Surau Al Firdaus seperti Yayasan Aman.
Keaktifan Surau Al Firdaus kini diteruskan.
Surau Al Firdaus kini mengembang satu lagi aktiviti bagi memastikan TABUNG SURAU sentiasa terisi.
Kerja kerja pengurusan dan melaksana kerja masak memasak bagi majlis perkahwinan kini bolih dibuat melalui SISTEM KATERING. Jemaah(masyarakat) yang menempah perkhidmatan Surau Al Firdaus Katering bukan saja akan dapat menjimat perberbelanjaan dalam kadar yang agak besar,malah secara tidak langsong ia juga melakukan amal jariah pada agamanya kerana keuntungan yang didapati dari aktiviti ini akan dimasukkan kedalam tabung surau.
Pada mereka yang berminat,hubungilah Tuan Haji Rohaizat Md Saad 0195724096 (Chegu Rohaizat) atau mana mana AJK surau untuk maklumat lanjut
Gambar gambar dibawah telah diambil sewaktu kerja memasak untuk Majlis Perkahwinan olih En Shukri,Taman Desa Aman Sungai Lalang